Sunday, 11 September 2016

Camping and adventure

Salam sejahtera.. dah lama x masuk blog ni lama betui rasa makan tahun jugak lah.. takpa blogku masih ..alive.. haha tq google yg sentiasa memberi kita tanpa meminta balasan.. Oklah hari ni nk cerita ttg minat baru iaitu Camping and adventure.

Camping tu biasa lah bawa khemah pi bercamping mana2 kira camping la tuu..manakala adventure pulak sesuatu yg dikira mencabar tu kira adventure la betui dak? Ok adventure yg dimaksudkan sini ialah menggunakan jentera 4x4 bercamping. Ni tgk gambag sikit..
Actually nak habag... benda ni kat Europe, US dan seangkatan dgn nya dah lama dah dorang berkecimpung dgn menatang ni. Mat salleh mmg suka benda2 adventure ni semua cuma ditempat kita agak kurang sikit..

Menatang ni dia panggil ...roof tent atau khemah bumbung. Dia diperbuat drpd kain kanvas yg tahan air. Bumbung dan lantai nya dari jenis plastic keras manakala framenya daripada aluminium. Boleh muat 2 ke 3 orang boleh tidur dgn selesa. Ada juga tilam nipis disediakan bagi tiduran yg selesa.
 
Ni pandangan dari depan dan belakang..Nampak x tangga aluminium telescopic utk naik turun khemah..
Khemah ni hampa jgn ingat boleh pasang kat trak mcm ni saja...kat kereta myvi pun boleh janji boleh pasang roof bar...apa kuat ka dak?? Huhh mmg kuat laa roof bar tu kan sitting point dia kat frame atas pintu tu bukan kat tengah2 bumbung tuu...hmm

Haa mai kita tgk apa ada dalamnya... tuudia ada tingkap dan pintu kat semua side so ventilation nya x payah bimbang nak oii.. lepas ni paksu hang nak bubuh kipas pulak baru lah nyaman sikit berangin2...

Actually new toys ni baru je pasang minggu lepas, ni tgh berkobar2 nak p bercamping..tp budak2 depa kurang minat sikit activity ni.. takpa pelan2 kita tarik minat depa ke arah riadah yg terbaik ni..

Sementara tu jom kita tgk blog ada sorang mat salleh ni yg meminati activity mcm ni..dia org US pergi bercamping ke Thailand...bnyak jugak tempat2 menarik yg dia pi... jgn lupa click pada routes - camping in Thailand dan tgk tempat2 yg dia lawati...

http://www.campinginthailand.com/

1 comment:

  1. Berapa rega dia ni bos. Mn nak dapat jenuh gak nyari benda ajaib ni

    ReplyDelete